Kebaikan Gotong-royong dalam Masyarakat
Gotong-royong bermaksud sesuatu aktiviti masyarakat yang dijayakan dengan konsep kerjasama, tolong-menolong dan bermuafakat.
Amalan bergotong-royong dapat meringankan kerja-kerja yang hendak dilakukan. Sesuatu kerja yang berat seperti mengadakan majlis kenduri-kendara, mengurus kematian dan membina jambatan dapat dilakukan dengan mudah.
Gotong-royong ini juga dapat menjimatkan masa wang. Apabila sekumpulan anggota masyarakat melakukan sesuatu kerja,kerja itu dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.
Semangat gotong-royong juga dapat menyemai benih-benih perpaduan dalam kalangan masyarakat.Pada zaman moden ini, penduduk Bandar sibuk dengan tugas seharian sehingga jiran di sebelah rumah pun tidak dikenali.Tetapi, semangat gotong-royong dapat mengelakkan keadaan ini.
Kehidupan masyarakat akan bertambah sejahtera melalui amalan gotong-royong ini.Ini adalah kerana sikap bertanggungjawab dan tolak ansur dapat dipupuk melalui aktiviti ini.
‘Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’ adalah dasar gotong-royong.Justeru itu, semangat bergotong-royong ini harus dipupuk sejak kecil lagi dalam diri setiap insan.Ini akan mewujudkan masyarakat yang lebih bertanggungjawab di hari muka.
nice
ReplyDeletekk
ReplyDelete